Le Heaven
Ahad, 14 Oktober 2012 | 10:52 PTG | 0 comments


Ya allah , pejam celik pejam celik rupanya lagi 22 hari jea lagi nak SPM , duhhh rasa kejap sangat . Rasa macam baru haritu jea aku amek PMR , hmmmm rasa macam angin jea masa berlalu , semuanya berlaku dengan pantas . Ya allah , sekarang dah tinggal nyawa nyawa ikan jea untuk study SPM , semua orang tengah bertungkus lumus , berhempas pulas hadap buku tapi aku ? aku macam dah putus asa jea Ya allah . Aku tak tahu apa kena dengan aku , kepala otak aku jadi blank blurrrr sangat sangat bila hadap buku , tolonglahhh aku Ya Allah , aku tak sanggup nak jadi macam ni , bila terkenang balik harapan tinggi orang orang yang aku sayang , aku rasa kesian sangat kat dorang Ya allah . Aku tak tahu masalah apa yang semak kat dalam kepala otak aku ni sampai aku jadi biul macam ni aku pun taktahu lahh , aku pandai nasihatkan orang suruh belajar elok elok tapi aku yang kecundang , aku perlukan sokongan Ya allah , aku tak kuat , aku lemah sangat nak berhadapan dengan semua ni . Aku perlukan kekuatan dari orang sekeliling aku , tapi sekarang aku rasa keseorangan seolah olah aku takda sapa sapa kat dunia ni , aku tak nak jadi orang yang gagal dan aku tak mahu langsung jadi orang yang gagal , tapi aku takut aku gagal , aku takut aku tak boleh nak menghadapi semua ni . Manusia kat sekeliling aku selalu tengok aku senyum gelak , tapi dorang tak tahu apa perasaan aku , aku takut bersaing tapi aku mahu bersaing , aku nak buktikan yang aku pun boleh berjaya tapi kenapa akhirnya aku jatuh macam ni ? ada benda yang aku buat tak selesai ke ? banyak sangat persoalan yang ada dalam otak ni tapi satu pun tak bagi jawapan . Aku mahukan sokongan tapi takda sapa nak bagi aku sokongan . Aku rasa sunyi , rasa keseorangan padahal kat sekeliling aku banyak manusia . Aku nak berjaya supaya aku boleh tengok senyuman bahagia mama dan ayah aku , aku nak tengok orang yang sayangkan aku tersenyum bahagia tapi dalam masa yang sama aku tak mahu dorang kecewa . Sekarang aku akan tersenyum dan terus tersenyum agar orang yang sayangkan aku bahagia , pengorbanan tuu kadangkala menyakitkan tapi demi orang yang tersayang tak terasa sakitnya perngorbanan .


Older Post | Newer Post

Entries About Stuff Linkies




Words can't describe how much I love you Muhamad Aiman Bin Rosli
[Facebook] [Twitter]






Header by: Qihah
Design edit by: Faiz
Background by: Qihah
Basecode by: Lettha
Cursor by: Izyan